Dari sekian risiko penyakit yang pernah dikaji, satu yang tidak pernah kita bayangkan adalah duduk terlalu lama yang boleh menyebabkan kanser endometrium.
Kanser endometrium atau tumor ganas yang berasal dari dinding rahim ini muncul, kata para penyelidik Jerman, setelah penyelidik melihat 43 kajian berkaitan duduk dan 700.000 kanser.
Yang mengejutkan, para saintis tidak mencari hubungan antara duduk dengan kanser payudara, ovari, kanser prostat, kanser perut, kerongkong dan kanser buah pinggang. Tapi berita buruknya, ada hubungan yang konsisten antara duduk lama dan peningkatan risiko kanser usus besar dan kanser endometrium.
“Orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk duduk di siang hari mempunyai 24 peratus peningkatan risiko terkena kanser usus besar berbanding dengan mereka yang bekerja lain. Risiko ini juga akan meningkat 54 peratus apabila seseorang menonton televisyen di siang hari. Mungkin kerana penonton cenderung mengambil makanan ringan tidak sihat, “kata penulis kajian yang juga ahli di bidang epidemiologi di Universiti Regensburg Jerman, Daniela Schmid.
Sedangkan risiko kanser rahim, Daniela berkata, 32 peratus berlaku pada perempuan yang menghabiskan sebahagian besar waktunya duduk sepanjang hari. Dan risiko tersebut akan naik dua kali ganda atau 66 peratus bila ia menonton televisyen siang hari.
Parahnya, penyelidik menulis, semakin lama seseorang duduk ditambah dua jam dari biasanya, dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser usus besar hingga 8 peratus dan 10 peratus peningkatan risiko kanser endometrium.
Di sisi lain, Pengarah Pencegahan dan kawalan Penyakit di Washington University Siteman Cancer Center di St Louis, Dr Graham Colditz mengaku bersetuju dengan penemuan yang disiarkan 16 Jun dalam Journal of National Cancer Institute tersebut. Ia mengatakan, duduk lama dapat meningkatan gula darah sehingga boleh menimbulkan pelbagai risiko penyakit.
“Bagi saya, duduk bukan hanya mempengaruhi berat badan, tapi juga akan memburukkan lagi risiko kanser endometrium,” katanya.
No comments:
Post a Comment