MAL12115019TC

Pastikan setiap produk Aprikot yang anda beli mempunyai kelulusan (MAL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah diragui tahap kebersihan dan cara proses/pembuatan produk Aprikot secara haram yang tidak mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan dan memberikan kesan sampingan jangka panjang kepada tubuh anda. Jika anda mempunyai sebarang keraguan boleh buat pengaduan melalui link di bawah.


Link Aduan Awam: Kementerian Kesihatan Malaysia.


Monday, December 15, 2014

Kanser Kerongkong #kanser

Mesti ada yang tertanya, kenapakah ? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. Sama macam Teh Panas Dan Teh Ais, ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais.

Bahaya Minum Teh Panas...

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong. Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum teh panas didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2 minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.

Kanser kerongkong:
Biasanya bermula dalam sel-sel yang melapisi bahagian dalam kerongkong. Kanser Kerongkong boleh berlaku di mana sahaja di sepanjang kerongkong.


Kanser kerongkong yang paling sering dijumpai adalah karsinoma, baik karsinoma sel skuamosa (karsinoma epidermoid) mahupun adenokarsinoma. Kanser kerongkong lain adalah limfoma (kanser limfosit), leiomiosarkoma (kanser otot polos kerongkong) dan kanser yang berasal dari bahagian tubuh yang lain. Kanser boleh berlaku di mana-mana bahagian kerongkong, Bisa muncul sebagai suatu penyempitan dari kerongkong, suatu benjolan atau suatu kawasan rata yang abnormal (plak).


Penyebab Kanser Kerongkong;
Kanser kerongkong lebih sering terjadi pada orang yang kerongkongannya telah menyempit kerana mereka pernah menelan larutan basa kuat, misalnya cecair untuk pembersihan tekak atau mulut.
- Menderita akalasia (keadaan di mana injap kerongkong bahagian bawah gagal membuka)
- Mempunyai sumbatan di kerongkong, misalnya selaput kerongkong
- Menderita kanser kepala dan leher.

Merokok dan penggunaan alkohol juga meningkatkan risiko terjadinya kanser kerongkong, terutama karsinoma sel skuamosa. Pada beberapa pesakit, perubahan lapisan kerongkong merupakan tanda pertama dari kanser. Perubahan ini berlaku setelah iritasi kerongkong menahun oleh asid atau hempedu.

Gejala Kanser Kerongkong:
Kerana kanser kerongkong cenderung menyumbat jalannya makanan, maka gejala awalnya biasanya berupa kesulitan menelan makanan padat. Setelah beberapa minggu, keadaan ini berkembang dan pesakit akan mengalami kesukaran dalam menelan makanan lembut dan kemudian cecair. Akibatnya berat badannya menurun.

Terbukti tidak ada cara untuk mencegah terjadinya kanser kerongkong. Namun, untuk mengurangkan risiko kanser kerongkong, anda masih boleh mencegahnya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan mengamalkan pemakanan tambahan Vitamin B17 (Biji Aprikot).

Sunday, November 30, 2014

Kanser Limforma #kanser

Lymphoma EBV-PositiveLymphoma
ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3 merupakan lelaki Melayu yang menghidap kanser limfoma. Bilangan ini lebih tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki India yang menghidapi kanser tersebut.

Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan wanita Melayu yang menghidap kanser limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6 pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi kanser itu.

Meskipun kaum Melayu mendahului kaum lain dalam kanser limfoma, bilangan pesakit kanser Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih rendah daripada kaum Cina. Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit kanser di Singapura antara 2007 dengan 2011.

Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng dan Institut Kanser Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang Melayu mendahului kaum lain dalam kanser limfoma sejak tahun 1998. Namun, beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelasan kukuh mengapa kadar limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya hidup.

Kanser limfoma menjejas sistem limfa.
Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang lebih kerap menjejas pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Bilangan pesakit yang menghidapi kanser limfoma telah meningkat dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara tahun 2007 dan 2011.

Pesakit kanser limfoma di peringkat pertama dan kedua mempunyai 80-90 peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya mempunyai 40-60 peratus harapan. Dr Choo juga berkata kebanyakan kes kanser limfoma tidak diketahui sebabnya. Antara faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser limfoma adalah pendedahan kepada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit yang rendah dan jangkitan beberapa jenis virus.

Antara tanda-tandanya ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan demam yang berterusan. Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk mengesan kanser limfoma.

Di Singapura, secara keseluruhan, kanser limfoma adalah kanser kelima paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum wanita. Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lelaki dan 27,734 wanita menghidapi kanser. Tiga kanser paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah kanser usus besar (17.6 peratus), kanser paru-paru (15.6 peratus) dan kanser prostat (11.8 peratus).

Bagi kaum wanita pula, tiga kanser paling biasa dihidapi ialah kanser buah dada (29.3 peratus), kanser usus besar (13.9 peratus) dan kanser paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi golongan Melayu, kanser yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah kanser paru-paru (18.3 peratus) diikuti kanser usus besar (15.3 peratus) dan kanser limfoma (12 peratus).

Dr Choo berkata kanser paru-paru mendahului senarai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi. Rokok mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru. Jika seseorang merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih kemungkinan terkena kanser paru-paru berbanding bukan perokok, kata Dr Choo.

Di kalangan wanita Melayu ,kanser paling biasa dihidapi ialah kanser buah dada (32.2 peratus), kanser usus besar (10.8 peratus) dan kanser limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah kanser keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu kurang menghisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.
Sepertiga jenis kanser boleh dielak.

TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis kanserh boleh dielakkan? Caranya pula agak mudah iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini.

Beliau berkata kanser biasanya dapat dikekang menerusi gabungan beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang. Pemakanan anda memainkan peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau daya tahan penyakit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu anda mengawal berat badan. Jika anda hanya melakukan satu daripadanya iaitu bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan, ia boleh membantu menghalang beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser buah dada tetapi jika anda melakukan kedua-duanya adalah lebih baik, kata Dr Choo, yang juga Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng sejak empat tahun lalu.

Tuesday, November 25, 2014

Kebaikkan Biji Aprikot @ Kanser


Temui vitamin B17 dari sumber asli. Adakah anda tahu bahawa keremajaan kulit dan ketahanan imun badan bergantung kepada berapa tingginya vitamin B17 di dalam tubuh kita?

Sebagaimana biji-bijian yang lain Biji Aprikot amat berkhasiat dan antara nutrient yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau disebut Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air.
B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya hanya kerana B17 rasanya sedikit pahit, maka tabiat pemakanan kita hari ini di negara membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari biji apricot (Apricot Kernels) B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit) , epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah dan tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah.
 
Lazimnya sistem pertahanan tubuh mampu menghalang dan menghapuskan sel kanser ini tetapi semasa berlaku stress atau sakit, maka sistem pertahanan tidak berupaya melawan sel-sel kanser ini. Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser.

Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. iaitu secara langsung menyerang sel kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Oleh itu biji aprikot merupakan penyumbang B17 paling baik untuk membina sistem imun manusia. Cadangan memakan 10 - 12 Biji Apricot setiap hari inshaa Allah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser khususnya dan juga lain-lain penyakit amnya.

Fakta logik dan sains menunjukkan bukti bahawa kehadiran enzim-enzim dan scientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku. Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini. FDA (merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia ) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim laetrile dari biji Apricot dapat membunuh sel kanser.


FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser. Atas kepentingan kewangan dan politik, mereka telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut. Perkara ini juga terjadi pada penemuan penawar HIV yang telah di rahsiakan. . Mudah mudahan segala maklumat yang anda perolehi dapat menyelamatkan orang-orang yang anda cintai. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan kesihatan diri yang murah dan AMAT SEMULAJADI dari CIPTAAN ALLAH s.w.t kepada hambanya. Tugas kita hanya mencari penawar, bila ketemu hargailah khasiatnya.

Infomasi2 diatas ini dipetik dari : World Without Cancer by G. Edward Griffin (American Media, California, 1974 and 1997). For testimonies of cancer sufferers treated with laetrile and nutrition therapy read Alive and Well (American Media, California, 1994) by Philip E Binzel, Jr., M.D. and see ‘Vitamin B17 therapy - does it work?’ See also ‘’Cancer Prevention - A Change In Our Diet’.


Antara klinik dan hospital yang mengggunakan Vitamin B17 Apricot Seed

The Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia , The Kroiss Cancer Center , Austria Immuno Augmentative Therapy Center , Bahamas , Ozone Research Center , Havana , Cuba Center for Integrated , Vancouver , Kanada , HOC Center for Progressive Medicine , Kanada , Kelowna Naturopathic Clinic , Kelowna , Kanada , Brackendene Clinic , England , The Bristol Cancer Help Center , England , The Issels Cancer Treatment , England , Bio Med Klinik , Jerman , Klinik St Georg , Jerman , Optimum Health Centre , Hong Kong , United Cancer Research Institute , Hungary , The East Clinic , Ireland , Sant Orsola Malpighi Hospital , Bologna , Itali Holistic Keihoku Hospital , Tokyo ,Jepun , Oasis Hope of Hospital , Tiguana , Mexico , Hospital de Diagnostico , San Salvador , J. Buxalleu Font , Barcelona , Sepanyol ,. Las Mariposas Clinic , Malaga , Sepanyol , Spring of Life Therapeutic Cancer, Afrika Selatan.

Wednesday, November 19, 2014

Kanser Rahim


Dari sekian risiko penyakit yang pernah dikaji, satu yang tidak pernah kita bayangkan adalah duduk terlalu lama yang boleh menyebabkan kanser endometrium.

Kanser endometrium atau tumor ganas yang berasal dari dinding rahim ini muncul, kata para penyelidik Jerman, setelah penyelidik melihat 43 kajian berkaitan duduk dan 700.000 kanser.

Yang mengejutkan, para saintis tidak mencari hubungan antara duduk dengan kanser payudara, ovari, kanser prostat, kanser perut, kerongkong dan kanser buah pinggang. Tapi berita buruknya, ada hubungan yang konsisten antara duduk lama dan peningkatan risiko kanser usus besar dan kanser endometrium.

Orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk duduk di siang hari mempunyai 24 peratus peningkatan risiko terkena kanser usus besar berbanding dengan mereka yang bekerja lain. Risiko ini juga akan meningkat 54 peratus apabila seseorang menonton televisyen di siang hari. Mungkin kerana penonton cenderung mengambil makanan ringan tidak sihat, kata penulis kajian yang juga ahli di bidang epidemiologi di Universiti Regensburg Jerman, Daniela Schmid.

Sedangkan risiko kanser rahim, Daniela berkata, 32 peratus berlaku pada perempuan yang menghabiskan sebahagian besar waktunya duduk sepanjang hari. Dan risiko tersebut akan naik dua kali ganda atau 66 peratus bila ia menonton televisyen siang hari.

Parahnya, penyelidik menulis, semakin lama seseorang duduk ditambah dua jam dari biasanya, dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser usus besar hingga 8 peratus dan 10 peratus peningkatan risiko kanser endometrium.

Di sisi lain, Pengarah Pencegahan dan kawalan Penyakit di Washington University Siteman Cancer Center di St Louis, Dr Graham Colditz mengaku bersetuju dengan penemuan yang disiarkan 16 Jun dalam Journal of National Cancer Institute tersebut. Ia mengatakan, duduk lama dapat meningkatan gula darah sehingga boleh menimbulkan pelbagai risiko penyakit.

Bagi saya, duduk bukan hanya mempengaruhi berat badan, tapi juga akan memburukkan lagi risiko kanser endometrium,” katanya.