ORANG Melayu paling ramai menghidap barah limfoma berbanding kaum
Cina dan India di Singapura. Bagi setiap 100,000 penduduk, 21.3
merupakan lelaki Melayu yang menghidap kanser limfoma. Bilangan ini lebih
tinggi berbanding 15.3 pesakit lelaki Cina dan 15.2 pesakit lelaki
India yang menghidapi kanser tersebut.
Di kalangan wanita, bagi setiap 100,000 penduduk, 14.7 merupakan
wanita Melayu yang menghidap kanser limfoma – lebih tinggi berbanding 9.6
pesakit Cina dan 9.4 pesakit India yang menghidapi kanser itu.
Meskipun
kaum Melayu mendahului kaum lain dalam kanser limfoma, bilangan pesakit
kanser Melayu secara keseluruhan adalah sekitar 1.5 hingga dua kali lebih
rendah daripada kaum Cina. Demikian perangkaan daripada laporan Pejabat
Pendaftaran Penyakit Nasional (NRDO) mengenai trend penyakit kanser di
Singapura antara 2007 dengan 2011.
Menurut Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng
dan Institut Kanser Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok Ai, orang
Melayu mendahului kaum lain dalam kanser limfoma sejak tahun 1998. Namun,
beliau berkata buat masa ini tidak ada penjelasan kukuh mengapa kadar
limfoma lebih tinggi di kalangan orang Melayu dan berpendapat ia mungkin
bergantung kepada genetik, faktor sekitaran dan perbezaan dalam gaya
hidup.
Kanser limfoma menjejas sistem limfa.
Ia terbahagi kepada limfoma Non-Hodgkin yang lebih kerap menjejas
pesakit berusia 55 tahun ke atas dan limfoma Hodgkin yang menjejas orang
muda berusia antara 15 dan 20 tahun dan mereka yang berusia 50 tahun ke
atas.
Bilangan pesakit yang menghidapi kanser limfoma telah meningkat
dari 1,746 pesakit antara tahun 1998 dan 2002 ke 2,839 pesakit antara
tahun 2007 dan 2011.
Pesakit kanser limfoma di peringkat pertama dan kedua mempunyai 80-90
peratus harapan sembuh manakala pesakit di peringkat lebih lanjut hanya
mempunyai 40-60 peratus harapan. Dr Choo juga berkata kebanyakan kes
kanser limfoma tidak diketahui sebabnya. Antara faktor yang boleh
meningkatkan risiko seseorang menghidap kanser limfoma adalah pendedahan
kepada ubat pembunuh serangga (pesticide), merokok, bekerja dalam
industri berkaitan dengan kayu, sistem imun atau daya tahan penyakit
yang rendah dan jangkitan beberapa jenis virus.
Antara tanda-tandanya
ialah nodus atau ketulan besar yang ketara di leher, ketiak dan bahagian
kemaluan serta hilang selera, berat badan yang menurun dan demam yang
berterusan. Buat masa ini, tiada ujian saringan boleh dilakukan untuk
mengesan kanser limfoma.
Di Singapura, secara keseluruhan, kanser limfoma adalah kanser kelima
paling kerap dihidapi kaum lelaki dan ketujuh paling kerap dihidapi kaum
wanita. Antara tahun 2007 dengan 2011, seramai 26,267 lelaki dan 27,734
wanita menghidapi kanser. Tiga kanser paling biasa dihidapi kaum lelaki
ialah kanser usus besar (17.6 peratus), kanser paru-paru (15.6 peratus)
dan kanser prostat (11.8 peratus).
Bagi kaum wanita pula, tiga kanser
paling biasa dihidapi ialah kanser buah dada (29.3 peratus), kanser usus
besar (13.9 peratus) dan kanser paru-paru (7.8 peratus). Namun, bagi
golongan Melayu, kanser yang paling biasa dihidapi kaum lelaki ialah
kanser paru-paru (18.3 peratus) diikuti kanser usus besar (15.3 peratus)
dan kanser limfoma (12 peratus).
Dr Choo berkata kanser paru-paru mendahului senarai itu kerana jumlah perokok di kalangan lelaki Melayu adalah tinggi. Rokok
mempunyai 4,000 bahan kimia yang membahayakan badan dan 70 daripada
bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru. Jika seseorang
merokok lebih 25 batang rokok sehari, dia mempunyai 25 kali lebih
kemungkinan terkena kanser paru-paru berbanding bukan perokok, kata Dr
Choo.
Di kalangan wanita Melayu ,kanser paling biasa dihidapi ialah kanser
buah dada (32.2 peratus), kanser usus besar (10.8 peratus) dan kanser
limfoma (7.4 peratus). Dr Choo berkata meskipun kanser paru-paru adalah
kanser ketiga paling kerap di kalangan wanita Singapura, ia adalah kanser
keenam di kalangan wanita Melayu. Ini mungkin kerana wanita Melayu
kurang menghisap rokok berbanding kaum lain, kata beliau lagi.
Sepertiga jenis kanser boleh dielak.
TAHUKAH anda bahawa sepertiga jenis kanserh boleh dielakkan? Caranya
pula agak mudah iaitu dengan menjaga pengambilan makanan, bersenam dan
mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini dijelaskan oleh Konsultan Jabatan
Radiasi Onkologi Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Dr Choo Bok
Ai, dalam satu wawancara baru-baru ini.
Beliau berkata kanser biasanya dapat dikekang menerusi gabungan
beberapa faktor dalam gaya hidup seseorang. Pemakanan anda memainkan
peranan penting. Senaman pula membantu meningkatkan sistem imun atau
daya tahan penyakit dalam diri anda, menguatkan tubuh serta membantu
anda mengawal berat badan. Jika anda hanya melakukan satu daripadanya
iaitu bersenam tetapi tidak menjaga pemakanan, ia boleh membantu
menghalang beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser buah dada
tetapi jika anda melakukan kedua-duanya adalah lebih baik, kata Dr Choo,
yang juga Konsultan Jabatan Radiasi Onkologi di Hospital Tan Tock Seng
sejak empat tahun lalu.
MAL12115019TC
Pastikan setiap produk Aprikot yang anda beli mempunyai kelulusan (MAL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah diragui tahap kebersihan dan cara proses/pembuatan produk Aprikot secara haram yang tidak mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan dan memberikan kesan sampingan jangka panjang kepada tubuh anda. Jika anda mempunyai sebarang keraguan boleh buat pengaduan melalui link di bawah.
Link Aduan Awam: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sunday, November 30, 2014
Tuesday, November 25, 2014
Kebaikkan Biji Aprikot @ Kanser
Sebagaimana biji-bijian yang lain Biji Aprikot amat berkhasiat dan antara nutrient yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau disebut Vitamin B17. Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya hanya kerana B17 rasanya sedikit pahit, maka tabiat pemakanan kita hari ini di negara membangun telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17.
Amigdalin (Vitamin B17) dapat diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan . Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari biji apricot (Apricot Kernels) B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit) , epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.
B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah dan tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah.
Lazimnya
sistem pertahanan tubuh mampu menghalang dan menghapuskan sel kanser ini
tetapi semasa berlaku stress atau sakit, maka sistem pertahanan tidak
berupaya melawan sel-sel kanser ini. Terdapat banyak cara yang anda
boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina
sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda
dari kanser.
Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants
yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17
menggunakan cara yang sangat unik. iaitu secara langsung menyerang sel
kanser ( directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik
dari cara yang telah saya sebut di atas.
Oleh itu biji aprikot merupakan penyumbang B17 paling baik untuk membina sistem imun manusia. Cadangan memakan 10 - 12 Biji Apricot setiap hari inshaa Allah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser khususnya dan juga lain-lain penyakit amnya.
Fakta logik dan sains menunjukkan bukti bahawa kehadiran enzim-enzim dan scientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku. Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini. FDA (merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia ) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim laetrile dari biji Apricot dapat membunuh sel kanser.
FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser. Atas kepentingan kewangan dan politik, mereka telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut. Perkara ini juga terjadi pada penemuan penawar HIV yang telah di rahsiakan. . Mudah mudahan segala maklumat yang anda perolehi dapat menyelamatkan orang-orang yang anda cintai. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan kesihatan diri yang murah dan AMAT SEMULAJADI dari CIPTAAN ALLAH s.w.t kepada hambanya. Tugas kita hanya mencari penawar, bila ketemu hargailah khasiatnya.
Infomasi2 diatas ini dipetik dari : World Without Cancer by G. Edward Griffin (American Media, California, 1974 and 1997). For testimonies of cancer sufferers treated with laetrile and nutrition therapy read Alive and Well (American Media, California, 1994) by Philip E Binzel, Jr., M.D. and see ‘Vitamin B17 therapy - does it work?’ See also ‘’Cancer Prevention - A Change In Our Diet’.
Antara klinik dan hospital yang mengggunakan Vitamin B17 Apricot Seed
The Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia , The Kroiss Cancer Center , Austria Immuno Augmentative Therapy Center , Bahamas , Ozone Research Center , Havana , Cuba Center for Integrated , Vancouver , Kanada , HOC Center for Progressive Medicine , Kanada , Kelowna Naturopathic Clinic , Kelowna , Kanada , Brackendene Clinic , England , The Bristol Cancer Help Center , England , The Issels Cancer Treatment , England , Bio Med Klinik , Jerman , Klinik St Georg , Jerman , Optimum Health Centre , Hong Kong , United Cancer Research Institute , Hungary , The East Clinic , Ireland , Sant Orsola Malpighi Hospital , Bologna , Itali Holistic Keihoku Hospital , Tokyo ,Jepun , Oasis Hope of Hospital , Tiguana , Mexico , Hospital de Diagnostico , San Salvador , J. Buxalleu Font , Barcelona , Sepanyol ,. Las Mariposas Clinic , Malaga , Sepanyol , Spring of Life Therapeutic Cancer, Afrika Selatan.
Wednesday, November 19, 2014
Kanser Rahim
Dari sekian risiko penyakit yang pernah dikaji, satu yang tidak pernah kita bayangkan adalah duduk terlalu lama yang boleh menyebabkan kanser endometrium.
Kanser endometrium atau tumor ganas yang berasal dari dinding rahim ini muncul, kata para penyelidik Jerman, setelah penyelidik melihat 43 kajian berkaitan duduk dan 700.000 kanser.
Yang mengejutkan, para saintis tidak mencari hubungan antara duduk dengan kanser payudara, ovari, kanser prostat, kanser perut, kerongkong dan kanser buah pinggang. Tapi berita buruknya, ada hubungan yang konsisten antara duduk lama dan peningkatan risiko kanser usus besar dan kanser endometrium.
“Orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk duduk di siang hari mempunyai 24 peratus peningkatan risiko terkena kanser usus besar berbanding dengan mereka yang bekerja lain. Risiko ini juga akan meningkat 54 peratus apabila seseorang menonton televisyen di siang hari. Mungkin kerana penonton cenderung mengambil makanan ringan tidak sihat, “kata penulis kajian yang juga ahli di bidang epidemiologi di Universiti Regensburg Jerman, Daniela Schmid.
Sedangkan risiko kanser rahim, Daniela berkata, 32 peratus berlaku pada perempuan yang menghabiskan sebahagian besar waktunya duduk sepanjang hari. Dan risiko tersebut akan naik dua kali ganda atau 66 peratus bila ia menonton televisyen siang hari.
Parahnya, penyelidik menulis, semakin lama seseorang duduk ditambah dua jam dari biasanya, dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser usus besar hingga 8 peratus dan 10 peratus peningkatan risiko kanser endometrium.
Di sisi lain, Pengarah Pencegahan dan kawalan Penyakit di Washington University Siteman Cancer Center di St Louis, Dr Graham Colditz mengaku bersetuju dengan penemuan yang disiarkan 16 Jun dalam Journal of National Cancer Institute tersebut. Ia mengatakan, duduk lama dapat meningkatan gula darah sehingga boleh menimbulkan pelbagai risiko penyakit.
“Bagi saya, duduk bukan hanya mempengaruhi berat badan, tapi juga akan memburukkan lagi risiko kanser endometrium,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)