MAL12115019TC

Pastikan setiap produk Aprikot yang anda beli mempunyai kelulusan (MAL) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini adalah diragui tahap kebersihan dan cara proses/pembuatan produk Aprikot secara haram yang tidak mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan dan memberikan kesan sampingan jangka panjang kepada tubuh anda. Jika anda mempunyai sebarang keraguan boleh buat pengaduan melalui link di bawah.


Link Aduan Awam: Kementerian Kesihatan Malaysia.


Monday, December 15, 2014

Kanser Kerongkong #kanser

Mesti ada yang tertanya, kenapakah ? Semua benda yang ada dalam dunia ni mesti ada kebaikkan dan keburukkan untuk kita. Sama macam Teh Panas Dan Teh Ais, ada kebaikkan dan ada keburukkan. Jom baca apakah Bahaya Teh Panas Dan Teh Ais.

Bahaya Minum Teh Panas...

Hasil kajian terbaru oleh peneliti Iran mengatakan, meminum teh dalam keadaan masih panas berpotensi menjadi punca barah kerongkong. Reza Malekzadeh dari Tehran University meneliti 300 orang yang kebiasaan minum teh panas didiagnosis mengidap barah kerongkong, sementara 571 orang lainnya dalam keadaan sehat. Mereka semua berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan, di Iran Utara.

Golestan merupakan salah satu daerah dengan tahap barah kerongkong tertinggi di dunia walaupun jumlah yang merokok dan meminum alkohol sangat rendah.

Kajian juga mengatakan orang yang selalu meminum teh kurang dari 2 minit setelah dituang, berisiko meransang perkembangan barah menjadi lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang menunggu 4minit atau lebih. Tidak ada keterangan pasti seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah, namun peneliti menyimpulkan luka akibat panas dari teh akan menyebabkan iritasi kerongkong.

Kanser kerongkong:
Biasanya bermula dalam sel-sel yang melapisi bahagian dalam kerongkong. Kanser Kerongkong boleh berlaku di mana sahaja di sepanjang kerongkong.


Kanser kerongkong yang paling sering dijumpai adalah karsinoma, baik karsinoma sel skuamosa (karsinoma epidermoid) mahupun adenokarsinoma. Kanser kerongkong lain adalah limfoma (kanser limfosit), leiomiosarkoma (kanser otot polos kerongkong) dan kanser yang berasal dari bahagian tubuh yang lain. Kanser boleh berlaku di mana-mana bahagian kerongkong, Bisa muncul sebagai suatu penyempitan dari kerongkong, suatu benjolan atau suatu kawasan rata yang abnormal (plak).


Penyebab Kanser Kerongkong;
Kanser kerongkong lebih sering terjadi pada orang yang kerongkongannya telah menyempit kerana mereka pernah menelan larutan basa kuat, misalnya cecair untuk pembersihan tekak atau mulut.
- Menderita akalasia (keadaan di mana injap kerongkong bahagian bawah gagal membuka)
- Mempunyai sumbatan di kerongkong, misalnya selaput kerongkong
- Menderita kanser kepala dan leher.

Merokok dan penggunaan alkohol juga meningkatkan risiko terjadinya kanser kerongkong, terutama karsinoma sel skuamosa. Pada beberapa pesakit, perubahan lapisan kerongkong merupakan tanda pertama dari kanser. Perubahan ini berlaku setelah iritasi kerongkong menahun oleh asid atau hempedu.

Gejala Kanser Kerongkong:
Kerana kanser kerongkong cenderung menyumbat jalannya makanan, maka gejala awalnya biasanya berupa kesulitan menelan makanan padat. Setelah beberapa minggu, keadaan ini berkembang dan pesakit akan mengalami kesukaran dalam menelan makanan lembut dan kemudian cecair. Akibatnya berat badannya menurun.

Terbukti tidak ada cara untuk mencegah terjadinya kanser kerongkong. Namun, untuk mengurangkan risiko kanser kerongkong, anda masih boleh mencegahnya dengan mengamalkan pemakanan sihat dan mengamalkan pemakanan tambahan Vitamin B17 (Biji Aprikot).